Thursday, December 30, 2010

Analisa PRK Labis 2011

ALFATIHAH buat Adun bagi kawasan Tenang Johor,Datuk Sulaiman Taha,59 tahun yang meninggal dunia di Hospital Pakar Puteri pada 17 Disember yang lalu.Allahyarham yang mengalami jangkitan kuman dalam darah semenjak 24 November yang lalu meninggal dunia sekitar jam 1.10 pagi Jumaat.Apapun,yang pastinya negara bakal berdepan dengan satu lagi siri pilihanraya kecil,yang keempat belas dalam tempoh tiga tahun sejak Mac 2008.Untuk rekod,pilihanraya kecil terakhir di Johor adalah hampir 21 tahun yang lalu di N33 Tambatan dalam Parlimen Pulai pada 5 Ogos 1989 berikutan kematian Adun kawasan tersebut,Allahyarham Mahmood bin Daud.

N5 Tenang terletak di dalam Parlimen Labis,di kawasan utara negeri Johor. Secara umumnya,jumlah pemilih di Dun tersebut dalam daftar pemilih Tahun 2008 adalah seramai 14 511 orang pengundi dengan pecahannya iaitu 49.59% daripadanya adalah pengundi Melayu,38.24% Cina dan 12.07% India.

Pada Pilihanraya Umum ke 12 hampir tiga tahun yang lalu,pertandingan dua penjuru satu lawan satu di Dun ini menyaksikan pertembungan calon UMNO,Allahyarham Datuk Sulaiman Taha menentang calon Pas yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua Pas Labis ketika itu,Mohd Saim Siran.Berikut adalah keputusan rasmi pilihanraya bagi Dun tersebut pada tahun 2008: 





N5 Tenang mempunyai 13 buah daerah mengundi iaitu Kampung Redong,Pekan Ayer Panas,Ladang Labis Utara,Bandar Labis Timor,Bandar Labis Tengah,Labis,Felda Tenang,Sawah Bahru,Tenang Station,Ladang Bukit Dato,Chemplak Barat dan Chemplak.Dari segi demografinya,penduduk kawasan Tenang terdiri daripada peneroka,pekerja ladang,pekebun dan peniaga.Untuk rekod,terdapat tiga buah kawasan tanah rancangan FELDA di Dun Tenang iaitu Chemplak,Chemplak Barat dan Felda Tenang.Kawasan majoriti pengundi Cina pula terletak di kawasan peti undi Bandar Labis Timor,Bandar Labis Tengah dan Labis,di mana rata-rata mereka adalah peniaga dan pekebun.Pengundi India pula kebanyakannya terletak di kawasan ladang seperti Ladang Bukit Dato dan Ladang Labis Utara.

Kawasan Tenang,seperti di kawasan-kawasan lain di Malaysia umumnya masih mencerminkan peninggalan dasar pecah perintah British yang tidak banyak berubah di mana orang Cina masih kekal di bandar dan berniaga,orang Melayu di kawasan luar bandar dan tanah rancangan manakala orang India masih menetap di kawasan ladang-ladang.Apa yang menariknya di Dun Tenang ini,cerminan komposisi utama kaum di Malaysia dapat dilihat di sini,di mana orang Melayu menjadi majoriti,diikuti kaum Cina dan kemudiannya India.Oleh itu, apa juga keputusan dalam pilihanraya kecil ini nanti bakal memberikan gambaran awal terhadap kecondongan beberapa golongan dalam Pilihanraya Umum ke 13 terutamanya kaum Cina,India,golongan luar bandar dan golongan peneroka.

CABARAN BUAT SOI LEK DAN MAZLAN ALIMAN

Parlimen Labis,kawasan di mana terletaknya Dun Tenang adalah kawasan kubu kuat Presiden MCA sekarang,Datuk Seri Chua Soi Lek.Dalam pilihanraya umum yang lalu,beliau tidak bertanding di Parlimen Labis memandangkan ketika itu, skandal video seksnya sedang hangat diperkatakan membawa ke arah pengundurannya daripada arena politik tanah air.Tempat beliau itu walaubagaimanapun diambil alih oleh anaknya,Chua Tee Yong yang tiada masalah untuk mengekalkan kedudukan MCA di Labis meskipun hampir kesemua kawasan tandingan lain MCA di semenanjung telah kalah teruk kepada calon-calon DAP dan PKR.

Pun begitu,kesan tsunami politik sebenarnya turut dirasai di kawasan Labis di mana Chua Jr hanya mampu mendapat majoriti sebanyak 4094 undi berbanding 10 729 undi pada tahun 2004.Pengurangan undi MCA itu bergerak dalam pengurangan majoriti sebanyak 44.76% undi.Di kawasan Dun Tenang sendiri misalnya di kawasan majoriti Cina,calon Pas Mohd Saim Siran mampu memperoleh undi sehingga 50 hingga 67 peratus,sesuatu yang tidak pernah dicapai sebelum ini.Di kawasan India pula,Pas memperoleh hampir 50 peratus undi di kawasan Ladang Labis Utara tetapi hanya mampu meraih sekitar 32.1 peratus undi di Ladang Bukit Dato.

Dijangka,dalam pilihanraya kecil kali ini,sokongan pengundi Cina kepada calon Pakatan Rakyat (berkemungkinan Pas) adalah sekitar sehingga 70 peratus.Jika ini berlaku,semestinya keputusan itu memberi isyarat jelas kepada Chua Soi Lek untuk terus membiarkan anaknya di kerusi Labis dan beliau mungkin boleh mencari kerusi lain yang lebih selamat jika beliau bercita-cita untuk kembali ke Parlimen.

Persoalannya,apakah perkaitan Saudara Mazlan Aliman dalam pilihanraya kecil kali ini?Sebenarnya, pilihanraya kecil kali ini penting bagi Pas terutamanya ANAK,badan bertindak bagi warga Felda menilai sokongan balas yang diberikan oleh warga Felda sendiri kepada Anak.Apakah warga-warga Felda mengambil tahu secara terperinci akan kes-kes penipuan Felda seperti di Felda Kemahang dan Serting?Adakah pendedahan demi pendedahan ANAK dalam isu Felda termasuk isu Felda Bangkrap tidak diambil pusing atau adakah warga Felda peduli dan inginkan perubahan tentangnya?

Perlu diingatkan bahawa bukan semua warga Felda adalah fixed deposit kepada Barisan Nasional semata-mata.Dalam Pilihanraya Umum 1999 misalnya,Pas dan KeAdilan menang di beberapa buah kerusi majoriti peneroka seperti di Jengka,Chini dan Penor di Pahang?Malah,peralihan signifikan warga Felda dan KETENGAH di peti-peti undi dalam Dun Terengganu berjaya menenggelamkan Umno di Terengganu.Di Parlimen Kemaman,Dungun,Setiu dan Besut contohnya,pengurangan undi warga Felda terhadap UMNO membolehkan Pas menyapu bersih Parlimen terbabit dan hampir kesemua Dun di dalamnya.

Oleh itu,adakah Pas mampu mencuri undi warga Felda di Dun Tenang kali ini?Pada dasarnya,mungkin sukar untuk Pas memenangi peti undi di kawasan tersebut,namun kejayaan mengurangkan margin dan jurang undi Pas-Umno adalah penting bagi membentuk kekuatan dalam pilihanraya kecil itu nanti.

Menurut Mazlan Aliman,untuk memenangi Dun Tenang,Pas perlu menembusi kawasan Felda dan semua sudah sedia maklum undi golongan peneroka cukup dijaga oleh Barisan Nasional bagi menjamin kemenangan mereka.Tambah Mazlan,dalam PRU 12 yang lalu,undi warga Felda untuk calon Pas di Dun Tenang hanya berada dalam lingkungan hanya 18 peratus undi sahaja.Ini bermakna,undi besar diperoleh oleh calon UMNO dan jurang majoriti untuk calon Pas dirapatkan oleh undi daripada pengundi Cina.Untuk berada di kedudukan selesa,Pas perlu mencuri undi sehingga 30 hingga 40 peratus undi di kawasan Felda.Sebenarnya,banyak isu yang boleh ditonjolkan di kawasan Felda ini terutamanya tentang nasib generasi kedua Felda yang hanya bekerja sebagai buruh di kawasan tanah rancangan selain penghijrahan golongan muda keluar untuk mencari kerja terutamanya di Kuala Lumpur dan Singapura.Keadaan kurangnya generasi muda di Tenang menyebabkan berlaku ketidakseimbangan dinamik penduduk menyebabkan pengundi tua di kawasan Tenang menjadi lebih dominan.

Adakah warga Felda bersama Anak atau tidak?Ini adalah sesuatu yang menarik untuk diperhatikan.Untuk perhatian juga,ada beberapa pihak kini dilihat bersungguh untuk menaikkan nama Mazlan Aliman sebagai calon Pas di Dun Tenang memandangkan beliau sendiri adalah anak jati Johor.

PELUANG PAS DALAM PRK DUN TENANG


Satu lagi soalan yang paling wajar diajukan adalah,adakah Pas mempunyai peluang untuk menang?Ini jawapannya.Secara umumnya,para penganalisis politik yang rasional pada angka dan kemungkinan tidak meletakkan peratusan menang yang tinggi bagi calon Pas untuk menang jika diambil pelbagai faktor semasa. Walaubagaimanapun,dalam politik semuanya adalah tidak mustahil dan di luar jangkaan.Siapa jangka Barisan Nasional mampu hilang majoriti di Parlimen dalam pilihanraya umum yang lalu?Namun ianya telah benar-benar berlaku.

Secara umumnya,penulis menjangkakan peluang untuk Pas menang dalam Pilihanraya Umum kali ini adalah 45 peratus sahaja.Calon UMNO berkemungkinan menang,tetapi dengan majoriti yang lebih mengecil,mungkin di sekitar 1500 undi.Asasnya ada satu,walaupun pengundi bukan Melayu diyakini memihak kepada Pas, warga Felda dijangka akan mengekalkan sokongan mereka kepada Umno.Pun begitu,undi Pas mungkin boleh diharapkan kepada golongan Melayu separa bandar seperti di kawasan peti undi Pekan Ayer Panas kerana diyakini mereka adalah pengikut media baru,jika dibandingkan dengan pengundi Melayu luar bandar yang masih mempercayai media tradisi seperti RTM dan Utusan Malaysia.

Pertambahan undi Pas mungkin akan bertambah sehingga 5000 undi dan calon Umno kekal dengan kelebihan hampir 6500 undi.Rasional penulis adalah bersandarkan kepada sokongan kaum Cina dan Melayu separa bandar,dan jika ini berjaya diambil oleh Pas,peluang untuk mengurangkan majoriti Umno itu ada kalaupun tidak mampu merampas kerusi tersebut daripada tangan Umno.

Di sini penulis sertakan pergerakan undi Pas dan pembangkang bagi Dun Tenang sejak Pilihanraya Umum 1986: 



PERBANDINGAN JUMLAH UNDI 1986-2008


PERGERAKAN UNDI PAS/S46 1986-2008


KONKLUSI
Apapun,selamat mengundi buat pengundi di kawasan Dun Tenang.Pilihlah calon pilihan anda,tapi sila ingat, mereka-mereka yang diangkat bakal mencatat sejarah Adun terpendek tempoh perkhidmatannya dalam sejarah negara memandangkan PRU 13 semakin hampir.... 





Sumber: Selatan Online

Monday, December 27, 2010

Tenang: Pemuda PR lancar jentera 1 Jan

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Pemuda Pakatan Rakyat akan melancarkan jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang pada 1 Januari 2011 akan datang sebagai memulakan gerak kerja pilihan raya secara rasmi.

Majlis pelancaran tersebut akan disempurnakan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub pada jam 5 petang di Perkarangan Markjaz Operasi Pemuda PAS jalan Segamat, pekan Tenang.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan memberitahu, pemuda Pakatan telah diletakkan dalam keadaan siap siaga dan sedia berjuang bagi merampas kerusi Dun Tenang biarpun menyedari laluan sukar terpaksa dihadapi.

"Insyaallah, Pemuda Pakatan Rakyat akan menurunkan sekurang-kurangnya 1500 orang jentera utama di majlis pelancaran jentera pilihanraya Pemuda Pakatan Rakyat.

"Kita akan memaksimumkan gerak kerja penerangan dan aktiviti kepemudaan bagi memenangi hati pengundi agar memihak kepada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil Dun Tenang kelak," katanya.

Beliau turut optimis peluang untuk menang sentiasa terbuka untuk Pakatan Rakyat dengan syarat segaka usaha diperkemaskan.

"Kita mengharapkan pertolongan dari Allah SWT agar kejayaan menjadi milik kita di Dun Tenang nanti kerana Johor sangat memerlukan suara dari Pakatan Rakyat untuk check and balance terutama pada setiap kali sidang Dun," katanya lagi.

Sebelum pelancaran, satu sesi ceramah motivasi gerakkerja akan disampaikan oleh beliau, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Ketua DAPSY, Anthony Loke.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Jumaat lalu menetapkan tarikh penamaan calon pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor pada 22 Januari depan dan pengundian diadakan pada 30.

Sumber : HarakahDaily

Friday, December 24, 2010

DUN Tenang Perlu Wakil Pembangkang Di DUN Johor

PRK TENANG : Rakyat Johor, terutama mereka yang tinggal di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang yang terletak dalam kawasan Parlimen Labis perlu berfikir lebih jauh tentang kedudukan mereka kini yang memerlukan suara pembangkang di Johor, bagi membela nasib mereka sendiri.

Suara-suara rakyat masih terlalu banyak yang perlu diketengahkan di dalam persidangan Dun Johor, tetapi ia tidak akan memadai jika suara pembangkang, khususnya dari PAS, hanya diwakili dua kerusi sahaja iaitu Sungai Abong dan Maharani.
 
 

Adun Sungai Abong, YB Dr HJ Sheikh Ibrahim Salleh menegaskan, sedangkan kedua-dua kerusi PAS itu mewakili kawasan bandar dan pinggir bandar.

Jadi, katanya Johor sememangnya memerlukan sekurang-kurangnya satu kerusi bagi mewakili kawasan Felda atau kampung bagi kepentingan rakyat negeri itu.

Menurut beliau, dengan dua kerusi yang diwakili PAS itu, rakyat Johor sudah nampak peranan yang mereka mainkan.

Tetapi, ujarnya jika Dun Tenang yang mewakili kawasan Felda atau kampung juga dimenangi PAS, rakyat juga dapat menilai dengan lebih jauh tentang kemampuan wakil-wakil rakyat PAS yang bukan sahaja boleh mewakili kawasan bandar dan pinggir bandar, tetapi juga bagi kawasan Felda atau kampung di negeri itu.

"Isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat di negeri Johor memang banyak. Setiap kali persidangan Dun berlangsung, saya pasti akan mengemukakan pelbagai soalan dan membahaskan pelbagai perkara bagi kepentingan rakyat. Antaranya ada yang dijawab tetapi tidak tepat. Lebih jauh dari itu, ada yang tidak dijawab langsung.

"Sekiranya Dun Tenang juga diwakili pembangkang khususnya PAS, persidangan pasti akan menjadi lebih bererti kepada rakyat kerana pasti akan lebih banyak lagi perkara-perkara yang akan dibangkitkan oleh pihak PAS bagi kepentingan rakyat. Inilah yang perlu difikirkan lebih jauh oleh rakyat Johor terutama penduduk di kawasan Tenang," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut beliau, antara beberapa isu yang dikemukakan dalam persidangan Dun Johor penggal lalu yang tidak dijawab oleh kerajaan BN, dengan tepat seperti yang dikehendakinya termasuklah isu-isu yang melibatkan proses permohonan tanah untuk rakyat yang begitu lambat dan perkhidmatan yang baik untuk rakyat.

"Antara isu yang tak dijawab langsung pula termasuklah soalan yang saya kemukakan dalam persidangan baru-baru ini yang menyentuh tentang kenapa belanjawan dari Kerajaan Pusat untuk negeri Johor bagi Rancangan Malaysia Ke-9 sehingga kini baru dibelanjakan sebanyak 60 peratus sedangkan di Perak yang diperintah oleh kerajaan BN kini dah dibelanjakan sehingga 93 peratus.

"Kejadian seperti itu tidak seharusnya berlaku. Peruntukan itu cukup bererti bagi rakyat Johor, tetapi jika ia tidak dibelanjakan dengan baik, ia tentunya merugikan rakyat," katanya.

Dengan dua suara sahaja di Dun Johor yang diwakili PAS, menurutnya, kerajaan BN Johor terpaksa berhati-hati dalam setiap tindakannya.

Tetapi, kata beliau sekiranya Tenang turut diwakili PAS, ia akan menjadi lebih bererti kepada rakyat kerana pelbagai soalan lain sama ada yang melibatkan rakyat Johor keseluruhannya dan untuk penduduk di kawasan yang diwakili wakil rakyat terbabit akan dapat diketengahkan dengan lebih banyak lagi dan dengan lebih berkesan dalam persidangan Dun.

Kawasan Dun Tenang mempunyai 50 peratus kaum Melayu dan 50 peratus bukan Melayu.

Kebanyakan orang Melayu di kawasan itu adalah para peneroka yang tinggal di empat kawasan Felda. Kaum-kaum lain seperti Cina sekitar 38 peratus yang kebanyakannya tinggal di Pekan Labis, manakala India pula 12 peratus.

Kepada orang Melayu khususnya para peneroka di kawasan itu, beliau mengingatkan agar berfikir lebih jauh kerana amat banyak perkara yang menyentuh diri mereka sendiri yang perlu dibela oleh mereka dan mereka hanya akan terbela jika mereka memilih calon PAS untuk mewakili mereka di Dun Johor.

"Antara perkara yang perlu dihalusi oleh mereka termasuklah yang melibatkan kedudukan mereka sendiri yang memiliki 10 ekar tanah untuk diterokai bagi penanaman kelapa sawit tetapi mereka tidak juga senang. Sedangkan jika tanah sebanyak itu dimiliki oleh pihak lain seperti Sime Darby, keuntungan yang diperolehinya sekitar 10 kali ganda.

"Kenapa kejadian itu berlaku? Jawabnya kerana keuntungan itu Felda yang ambil. Sepatutnya peneroka yang dapat. Itulah nasib para peneroka Felda. Jika mereka tidak memilih pembangkang khususnya PAS bagi mewakili mereka khususnya di Dun Tenang, siapa yang hendak membela nasib mereka? Inilah yang perlu difikirkan oleh mereka, khususnya orang-orang Melayu di kawasan itu.

"Bagi kaum lain terutama Cina di kawasan itu, mereka faham dan sedar sebab itulah kebanyakan mereka tidak teragak-agak memberikan undi kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya. Tetapi bagi orang Melayu, mereka bagaikan tak nampak kepentingan mereka memilih Pakatan Rakyat. Itulah sebabnya orang-orang Melayu khususnya yang tinggal di kawasan Felda terus tertindas oleh pihak pemerintah khusnya kerajaan BN," tegasnya.
 
SUMBER : HARAKAHDAILY.NET

Thursday, December 23, 2010

10 Perkara Akan Dilakukan PR dalam 100 Hari Pertama Perintah Malaysia



Buku Jingga  mengariskan sepuluh perkara yang akan dilakukan oleh PR dalam tempoh 100 hari pertama memerintah, iaitu :
  1. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.
  2. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
  3. Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan Menaikkan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang.
  4. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.
  5. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
  6. Menyediakan perkhidmatan internet wifi  percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.
  7. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannyakepada generasi kedua dan ketiga Felda.
  8. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20%.
  9. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman.
  10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

PAS: Kita sedia kenal siapa SPR

KUALA LUMPUR, 24 Dis: Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 22 dan 30 Januari depan iaitu hari cuti sebagai tarikh penamaan dan pengundian bagi PRK Dun Tenang, jelas memperlihatkan sikap 'double standard' suruhanjaya itu.

Menurut Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, SPR dilihat tidak konsisten apabila pada PRK Galas 4 November lalu, pengundian dibuat pada hari bukan cuti umum sehingga memaksa kerajaan negeri Kelantan pada waktu itu mengumumkan tarikh itu sebagai cuti peristiwa.

Katanya, apabila berdepan PRK di kerusi yang dikuasai Pakatan Rakyat, SPR dilihat cenderung mengadakan proses penamaan dan pengundian pada hari bekerja, sedangkan apabila di kerusi BN, tindakan sebaliknya dilakukan SPR.

"Kita dapat melihat dengan jelas perbezaan ini dan ini bukannya pelik dalam negara kita ini.

"Kita kenal siapa SPR ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Bachok.

SPR hari ini mengumumkan tarikh PRK Dun Tenang, Johor pada 30 Januari tahun depan manakala penamaan calon pula pada 22 Januari.

Walaupun berdepan situasi itu, Nasharuddin mahu jentera PAS berkerja bersungguh-sungguh bagi memenangkan calon PAS yang akan bertanding kelak.

Kepada jentera yang sudah mula menjalankan tugas, beliau mahu semua tenaga kerja yang ada dimobilisasi pada tahap terbaik berdepan Umno BN.

"Bagi kita cuti ke tak cuti ke, kita tetap masuk dengan niat untuk menang dengan memberi tentangan sehebat mungkin kepada lawan kita, BN," katanya lagi.

Beliau juga optimis PAS berpotensi menang apabila pada pilihan raya umum lalu mereka dapat mengurangkan majoriti kepada 2,492 undi berbanding sebelumnya.

"Kejayaan mengurangkan majoriti pada PRU lalu akan menjadi perangsang kepada PAS untuk menambah satu lagi kerusi di Johor nanti," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan PAS akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan isu PRK Tenang termasuk soal pemilihan calon.

Sumber: HarakahDaily